Photobucket

KETERANGAN:-

- Untuk melihat slide show,sila klik pada kotak hitam di penjuru sebelah kiri yang tertulis " video "...

-Selamat Menonton....

KULLIYYAH USULUDDIN SOCIETY ( KUDSY ) ORGANIZATION VIDEO


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

UCAPAN PENGARAH KREW PELAKSANA BLOG KUDSY 2009/2010

Photobucket

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Assalamualaikum kepada semua pengunjung yang saya kasihi sekalian...

Alhamdulillah,saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah diatas limpah kurnia yang telah diberikan kepada saya untuk mentadbir dan menerbitkan sebuah kaedah multimedia yang terkini iaitu Blog Persatuan Kuliah Usuluddin atau Kulliyyah Usuluddin Society(KUDSY)...

Dalam perjalanan kuliah usuluddin yang semakin rapuh,saya cuba untuk mencetuskan sesuatu kelainan untuk kuliah ini dan inilah dia hasilnya iaitu sebuah blog yang mana saya ciptakan untuk semua pengunjung-pengunjung yang ingin berkongsi idea dan pemikiran tentang agama dan juga berbagai-bagai diskusi yang boleh kita lakukan semata-mata untuk kita meningkatkan daya ingatan kita tentang islam dan tentang tatacara kehidupan islam mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah disyari'atkan oleh Allah taala...

Dalam membina kehidupan yang islamic reality bukannya mudah.Tetapi ia memerlukan sesuatu pendekatan agama yang terbaik dalam memonopoli sesuatu bidang agama dan diterapkan dalam diri kita.Justeru itu,saya juga menjadikan blog ini untuk tempat kita mempelajari seberapa banyak yang boleh mengenai hadis-hadis yang sahih atau do'if,ayat-ayat tafsir yang kekal atau yang telah dimansukhkan dan sebagainya mengenai usuluddin.

Jadi,harapan saya,moga-moga blog yang telah disediakan ini dapat memberikan sesuatu impak yang berguna kepada semua pengunjung-pengunjung yang daripada kuliah usuluddin sendiri atau kuliah yang lainnya.Dan dapat juga kita berkongsi pemikiran kearah yang lebih realistik bersama-sama dengan anjakan pradigma diri kearah yang lebih positif.

Akhir kalam,Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan blog ini.Moga-moga segala usaha bakti anda akan diberkati oleh Allah taala.

Selamat Menikmati Blog Persatuan Kulliyyah Usuluddin ( KUDSY ) Kolej Universiti Insaniah 2009/2010 dan saya sampaikan ucapan salam daripada Dekan Kulliyyah Usuluddin Kolej Universiti Insaniah ( Dr.'Ali Sayyid Abdul Hamid As-Shimy) dengan lafaz Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.....

MEMAHAMI ALLAH S.W.T

Assalamu’alaikum warahmatullah..

Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah s.w.t. marilah kita bersama-sama bermuhasabah serta membuat renungan dengan mata hati kita serta akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita benar-benar faham dan kenal akan Pencipta kita iaitu Allah s.w.t. serta tahu menggunakan nama-nama Nya yang baik dan meninggalkan pula panggilan yang tidak selayaknya bagi Allah..

Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah maha Esa lagi Tunggal dan Allah s.w.t juga mempunyai 99 nama-nama Nya yang maha terpuji. Oleh itu panggil dan serulah akan nama-namaNya yang maha terpuji itu sebagaimana yang disebutkan didalam Al-Quran. Masyarakat melayu khususnya memang telah sebati dengan kefahaman dan anggapan bahawa Allah itu adalah tuhan dan tuhan itu Allah. Ketika berdoa, mereka akan bermohon dengan menyebut : ‘ Ya Allah Ya tuhanku ’.

Persoalannya disini adakah layak untuk kita menganggap Allah itu adalah tuhan dan dari manakah punca serta asal perkataan tuhan..? Adakah kita menjadikan alasan bahawa nenek moyang kita sejak dari dahulu telah menggunakannya maka kita terus mewarisi kepercayaan itu tanpa kita mempunyai pengetahuan yang sebenar tentangnya? dan adakah kita benar-benar yakin bahawa perkataan ini diterima dan diredhai Allah meskipun kita memberikan alasan penggunaannya telah diterima oleh manusia ?

Tahukah kita bahawa pengertian perkataan 'tuhan’ sebenarnya adalah berbeza dengan perkataan 'Robb’ dan 'Illah’ yang selalu kita temui didalam terjemahan Al-Quran serta kitab-kitab agama yang kita baca walaupun selama ini kita memahami ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu ‘tuhan’ (sebutan yang digunakan oleh bangsa Melayu sahaja ).. Padahal, Para Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah adalah dari kalangan bangsa arab dan Al-Quran juga telah diturunkan oleh Allah didalam bahasa arab ...

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka yang musyrik itu berkata: ” sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia”. (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu adalah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa arab yang fasih nyata..."
( Surah An-Nahl – ayat 103 )

Al-Quran telah menyebutkan bahawa Robb atau Illah yang merupakan bahasa arab itulah yang selayaknya panggilan untuk Allah. Kita mengambil contoh, sejak dari zaman Nabi Adam hinggalah ke hari ini perkataan ‘Nabi’ itu adalah tetap disebut sebagai ‘Nabi’ tanpa ada kata ganti nama yang lain baginya. Mengapakah bagi nama Allah  dengan sengaja kita ( bangsa melayu ) mengadakan satu ganti nama yang lain pula dengan menyebut perkataan ‘tuhan’ itu?..

Kita sememangnya tidak layak untuk memberikan kata ganti bagi nama Allah melainkan perkataan Robb atau Illah saja sebagai kata ganti bagi merujuk kepada Allah seperti yang terdapat didalam Al-Quran. Nama Allah hendaklah kekal dan perlu sentiasa disebut sebagai Allah  kerana ia merupakan sebuah nama khas yang bersifat ‘universal’ ( sejagat ) yang telah diwahyukan oleh Allah melalui para Rasul dan telah dikenali oleh umat Islam diseluruh dunia..

Umat Islam selain bangsa melayu di seluruh dunia tidak akan faham jika kita menyebut perkataan tuhan kepada mereka dan mereka juga tidak perlu untuk menyebut perkataan tersebut kerana ia bukan satu tuntutan ( tiada hukum yang mewajibkan supaya mesti menyebutnya ) kerana hanya nama Allah yang dituntut untuk dikenal dan disebut oleh umat Islam.Apabila kita bertanya kepada umat Islam berbangsa asing sebagai contoh penjual karpet berbangsa Pakistan yang ada didalam negara kita ini mengenai perkataan tuhan, pastinya mereka akan menggelengkan kepala tidak mengetahui akan perkataan itu. Tetapi, apabila disebut nama Allah, mereka sedia mengakui akan keesaan Allah kerana sifatnya Yang Maha Besar ( terkenal diseluruh dunia ) sedangkan sebutan tuhan hanya dikenali di empat buah negara di rantau asia tenggara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei sahaja. Jika ditanya kepada negara-negara lain selain empat buah negara ini mengenai perkataan 'tuhan’ itu, sememangnya mereka tidak mengetahuinya. 

Oleh yang demikian, umat Islam di Malaysia khususnya hendaklah menyebut nama Allah sahaja kerana Allah adalah Pencipta kita dan sebagai ‘TUAN’ bukan 'tuhan’ yang empunya kepada seluruh alam ini termasuklah bangsa-bangsa lain yang ada diatas muka bumi ini dimana kesemuanya akan hanya menyebut nama yang satu iaitu Allah. Definisi perkataan tuhan juga adalah tidak sesuai dan sangat bertentangan dengan kesucian Zat Allah s.w.t. yang maha tunggal berdasarkan fakta yang akan dikemukakan dibawah ..

Dua Fakta Tentang Asal Usul Perkataan Tuhan 

Pertama:

Didalam majalah Tiara kajian Alif Danya Munsyi, asal usul perkataan tuhan hanyalah ‘pelesetan’ dari kata Tuan dimana ia berpunca dari seorang Belanda yang telah tersalah sebut perkataan ‘Tuan’ Kepada tuhan. Paulus yang berasal dari Turki telah memanggil Isa Al-Masih dengan panggilan ‘Tuan’. Pada setiap akhir suratnya, Paulus selalu menyebut Isa Al-Masih sebagai Tuan: ‘Semoga rahmat Isa Al-Masih Tuan kita menyertai roh kita’. Ketika tulisan surat tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa  Indonesia, ia dimulakan pada tahun 1663 oleh seorang yang berbangsa Portugis bernama Browerius.Pada ketika itu gelaran bagi Isa Al-Masih masih lagi Tuan, tetapi ketika orang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 menterjemahkan surat-surat Paulus itu, sebutan ‘Tuan’ telah berubah menjadi ‘tuhan’. Dengan kata lain, Leijdecker orang yang pertama kali menulis perkataan Tuhan. Sila rujuk laman web:
( http://wiriajaya.multiply.com/journal/item/85 )..

Dengan demikian, dapat difahami bahwa perkataan tuhan masuk  kedalam bahasa Indonesia sebagai pengaruh teologi agama ( kristian ) pada mulanya hanyalah sebagai ‘pelesetan’ atau 'salah tulis’ oleh seorang Belanda. Tapi selanjutnya dibakukan sebagai perkataan baru yang disejajarkan dengan kata ‘Illah’ dan ‘Robb’ dalam bahasa Arab. Kerana itulah dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, W.J.S. Poerwadarminta (seorang Katolik) tidak memberikan keterangan apa pun tentang kata Tuhan, kecuali menyamakannya dengan Allah..

Kedua:

Perkataan tuhan juga berasal daripada bahasa sanskrit iaitu bahasa kuno yang digunakan oleh agama Hindu di Indonesia. Ini disebabkan agama Hindu adalah yang terawal masuk ke Indonesia juga di Malaysia sebelum berkembangnya agama Islam di dua negara tersebut. Penganut agama Hindu beranggapan bahawa sesuatu yang berkuasa seperti dewa-dewa mereka itu sebagai tuhan. Kesan dari pengaruh agama Hindu yang ada pada masa itu atau melalui bekas penganutnya yang memeluk Islam Allah yang maha berkuasa itu juga telah dianggap sebagai tuhan..

Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman atau ikut-ikutan, dimana Bahasa Melayu sebenarnya hanya mempunyai tiga perkataan yang asal atau asli iaitu ‘batu’, ‘kayu’ dan ‘padi’. Ini bermakna perkataan tuhan juga adalah bahasa pinjaman daripada bahasa sanskrit yang digunakan oleh penganut Hindu dan mempunyai maksud yang sangat bertentangan dengan keesaan Allah. Sebenarnya, perkataan 'tu’ bermaksud Kepala dan 'han’ pula bermaksud Dewa : Kepala Dewa. Seperti yang kita ketahui, dewa adalah sembahan kepada penganut agama Hindu..

Jika merujuk makna tuhan seperti yang terdapat didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat (2005) diantara maksud tuhan juga disebut sebagai Dewa berkepala dua . Umat Islam di Malaysia perlu memahami bahawa perkataan tuhan yang terdapat didalam terjemahan al-Quran yang ada hingga ke hari ini sebenarnya menerima pengaruh dari bahasa Indonesia kerana terjemahan kitab Al Quran pada awal kemunculannya dinegara kita banyak dibawa masuk dari Indonesia. 

Kita orang melayu yang beragama Islam di Malaysia hanya mengikut dan menukarkannya daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia sedangkan  perkataan tuhan itu sendiri tidak ada maknanya bila cuba diterjemahkan ke dalam bahasa Arab..

Pengertian Robb dan Illah.

‘Robb’:

Robb adalah daripada perkataan arab yang terkandung didalam Al-Quran. Pengertian  ‘Robb’ adalah sangat meluas lagi meliputi dan ia merupakan sifat Allah sebagai Al-Khaliq iaitu sifat Allah yang Maha Mencipta, Mendidik dan Mengatur bagi alam semesta ini. Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “Allah adalah pencipta Adam lalu Allah mendidik Adam dan Allah jualah yang mengatur kehidupan Adam”

Oleh itu “Robb” tidak boleh diberi makna sebagai tuhan seperti yang terdapat didalam terjemahan Al-Quran yang ada kini kerana definisi perkataan tuhan itu sebagaimana yang telah dijelaskan diatas mempunyai maksud yang sangat tidak baik kepada Allah. Mengapa perlu kita menyebut perkataan yang sama disebut oleh orang yang bukan Islam dimana mereka juga mendakwa mempunyai tuhan sedangkan tuhan bagi mereka itu langsung tidak mempunyai pengertian 'Robb’ seperti dijelaskan diatas kerana 'Robb’ itu hanya layak bagi Allah s.w.t yang maha agung. Sebutan yang sama tetapi mempunyai maksud yang berbeza. Bukankah ini mengelirukan? 

sebagai langkah yang lebih selamat, umat Islam perlu mengelak dari menyebut dan berdoa dengan menyebut perkataan tuhan. Berdoalah dengan berkata :"Ya Allah Ya Robbi..". yang bermaksud: "Ya Allah wahai Pengaturku.. atau Pendidikku.. atau Penciptaku.." biarlah hanya orang bukan Islam yang menyebut perkataan tuhan itu..


'Illah':

  Salah satu perkara fundamental yang berkait dengan aqidah seorang muslim dalam mentauhidkan Allah ialah pengertian Dua Kalimah Syahadah. Didalam ucapan kalimah  Laa ilaaha ill-Allah itu terdapat kata 'Illah’ yang seringkali diterjemah dengan perkataan tuhan. Dalam bahasa arab ‘Illah’ itu mengandungi maksud yang lebih tepat dengan tiga makna mendasar yakni 

(1) mahbuub (yang dicintai),
(2) matbuu’ (yang dipatuhi/ditaati) dan
(3) marhuub (yang ditakuti). 

Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “ Aku naik saksi bahawa tidak ada yang kucintai, lalu kupatuhi dan kutakuti selain daripada Allah”

Selain itu, di dalam pengajian ilmu tauhid selama ini kita juga telah diajar bahawa sifat 20 itu sebagai Sifat ketuhanan sedangkan sepatutnya kita memahaminya sebagai Sifat Kesempurnaan Allah s.w.t. / Sifat Pencipta ( Al-Khaliq ) bukannya sifat ketuhanan. Wahdaniah adalah antara sifat Allah yang terkandung didalam sifat 20 yang wajib bagi Allah dimana ia menjelaskan bahawa Allah itu tunggal, tidak berbilang-bilang..

Perkataan tuhan apabila disebut sebenarnya menjadi terlalu umum dan tidak merujuk terus kepada Allah kerana di negara kita Malaysia, orang bukan Islam juga memanggil berhala-berhala mereka sebagai tuhan (tuhan Hindu, tuhan Buddha, tuhan Kristian dll.) Ini menunjukkan sifat tuhan itu adalah berbilang-bilang dan masih ada perbandingan. 

Adalah tidak wajar untuk mengaitkan Allah dengan sifat ketuhanan kerana terdapat banyak tuhan yang dikenalpasti sedangkan pada hakikatnya hanya Zat dan Sifat Allah Taala saja yang wujud dan mentadbir seluruh alam ini. Tiada yang lain. Biarlah hanya orang-orang bukan Islam atau yang musyrik saja terus dengan anggapan dan kepercayaan mereka untuk menyebut dan mempunyai tuhan-tuhan.Umat Islam hanya perlu menyebut nama Allah Yang Maha Esa secara mutlak (sebagai Pencipta / Robb / Illah kita) dimana ucapan kita tidak akan sama seperti mereka (tidak perlu ada tuhan) bagi membezakan ketunggalan dan keesaan Allah yang tidak boleh disamakan atau ada perbandingan bagiNya dengan sesuatu pun. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan.

Marilah kita berusaha membiasakan bibir dan lidah kita untuk banyak menyebut nama Allah bagi menggantikan perkataan tuhan didalam perbualan seharian dan ketika kita berdoa kepada Allah. Janganlah lagi kita menganggap tuhan itu adalah Allah kerana tuhan itu bukan nama ataupun gelaran bagi Allah sebagaimana sangkaan ataupun anggapan umat Islam yang berbangsa Melayu selama ini. Jika kita berdoa dengan mengungkapkan perkataan tuhan, seolah-olah kita telah meletakkan alamat yang salah bagi  menyampaikan hajat kita ke destinasinya yang betul. Ini menyebabkan doa kita tergantung atau lambat dimakbulkan kerana kita telah menambah nama yang bukan nama Allah berserta namaNya yang mulia. Kita menyangka dengan menyebut tuhan bersama nama Allah itu lebih mendekatkan lagi diri kita kepada Allah sedangkan apa yang kita sebut itu mempunyai maksud yang tidak baik kepada Allah.

Dikalangan masyarakat melayu Islam, kita sering mendengar ayat yang berbunyi ” ajal maut, jodoh pertemuan ditangan tuhan”… mengapakah begitu sukar sekali bagi umat Islam untuk menyebut nama Allah? bukankah lebih elok jika kita berkata ”ajal maut, jodoh pertemuan adalah hak Allah..” itulah yang lebih tepat sebenarnya.. namun realitinya kita sudah terlalu asyik dan gemar untuk menyebut tuhan. Sebenarnya, naluri dan fitrah yang dijadikan oleh Allah terhadap umat Islam sering mendorong kita untuk menyebut namaNya, sebagai contoh ketika kita sakit adakah kita mengaduh dan menyebut perkataan tuhan? sudah tentu tidak, melainkan yang disebut adalah nama Allah.

Apabila kita terpandang kalimah Allah di langit misalnya, sudah tentu pada ketika itu kita akan berkata telah melihat kalimah Allah dan bukan kalimah tuhan.. tetapi mendukacitakan pada waktu yang lain pula ramai dikalangan kita dengan sengaja memilih untuk menyebut perkataan tuhan berbanding menyebut nama Allah sedangkan sepatutnya kita perlu bersyukur dan berbangga untuk sentiasa menyebut nama Allah. Kita membantah apabila sekumpulan penganut kristian memohon untuk menggunakan nama Allah dalam amalan agama mereka sedangkan kita sendiri lebih suka menyebut perkataan tuhan berbanding nama Allah itu sendiri. 

Adakah kita lebih selesa menyebut perkataan tuhan lebih daripada Allah? Adakah kita malu untuk menyebut nama Allah atau kita merasakan hubungan kita dengan Pencipta kita itu begitu jauh sekali? Fikirkanlah…

Umat Islam sedia mengetahui bahawa Rukun Iman yang pertama jelas mewajibkan kita supaya beriman dan percaya kepada Allah.. dan jika kita ditanya oleh guru di sekolah atau ketika menjawab soalan peperiksaan tentang rukun iman  bolehkah jawapan percaya kepada tuhan  dapat diterima sebagai jawapan yang betul? Di

Malaysia kita dididik untuk menjunjung prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan. Adakah perkataan tuhan yang diikrarkan oleh seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada kefahaman yang sama atau berbeza-beza mengikut agama masing-masing? Jika kita berpendapat ia mengikut agama masing-masing ini bermakna tuhan itu memang banyak dan adakah kita mengiktiraf agama yang selain Islam itu kerana mereka juga menyebut perkataan tuhan..? renungkanlah.. 

  Mudah-mudahan, apabila terdetik didalam hati dan sanubari kita untuk melakukan perubahan dengan memperbanyakkan menyebut nama Allah, akan terbukalah pintu-pintu rahmat dan kurniaan Allah kepada kita semua. Insyaallah. Percayalah, bahawa kita tidak akan rugi walau sedikitpun jika kita tidak lagi menyebut perkataan tuhan itu. Akan tetapi, sangat merugilah jika kita tidak mahu menyebut nama Allah dengan sebanyak-banyaknya kerana hanya kepada Allah pergantungan hidup kita di dunia dan akhirat.

Meskipun penggunaan perkataan tuhan ini telah sekian lama berlarutan, adalah diharapkan agar para Alim Ulama, para Cendikiawan Islam dan pihak yang berkuasa khususnya di negara kita Malaysia supaya dapat menerima serta memahami apa yang cuba disampaikan disini dengan hati yang terbuka, berlapang dada, berjiwa besar serta sentiasa bersandar kepada hidayah Allah dalam mencari kebenaran seterusnya bersama memainkan peranan yang penting untuk menyampaikannya pula kepada seluruh umat Islam dalam memperbetulkan kekeliruan kita selama ini. Allah mempunyai nama-namaNya yang baik, oleh itu gunakanlah nama-nama Allah yang baik itu didalam kehidupan kita dan berdoalah sebagaimana contoh berikut : “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…” Bukankah lebih indah berdoa kepada Allah dengan cara yang sebegini daripada menyebut perkataan tuhan yang telah kita sedia maklum erti sebenar perkataan itu.

  Berwaspadalah wahai umat Islam, kerana kadangkala Allah mendatangkan ujian kepada hamba-hambanya didunia ini dengan sesuatu yang dianggap oleh manusia sebagai perkara yang remeh tetapi ia sebenarnya mempunyai makna yang sangat besar kepada Allah..Sebagaimana kita belajar tentang ilmu solat, kaji dan pelajarilah juga pengertian yang sebenarnya tentang ilmu dua kalimah syahadah, insyaallah kita tidak akan memandang remeh tentang perkara yang dikemukakan ini. Jika ditanyakan persoalan ini kepada manusia disekeliling kita sudah tentu akan timbullah berbagai pendapat dihadapan kita.. tetapi ingatlah bahawa kita mempunyai Allah yang Maha Mencipta, Maha Mengatur dan Maha Mentadbir seluruh kehidupan kita ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui benar atau salahnya sesuatu perkara. 

Oleh itu berhubunglah dengan Pencipta Yang Maha Mengetahui ini.. marilah kita kembali rujuk kepada Allah kerana hanya kepada Allah sebaik-baik yang memberikan petunjuk.. Lakukanlah solat istikharah memohon petunjuk daripada Allah kerana sebagai umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah, inilah tindakan yang sangat wajar kita lakukan dalam mencari kebenaran.

Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dikasihi, cuba perhatikan dengan mata hati kita apakah rahsia disebalik cerita dunia yang berlaku disekeliling kita kebelakangan ini.. berbagai bencana telahpun diturunkan antaranya tsunami, gempa bumi, masalah ekonomi sehingga yang terbaru penyakit yang membawa maut iaitu H1N1 atau selesema babi. Ia juga sebenarnya adalah al-wabak yang bertindak diatas perintah Allah. Adakah ia merupakan salah satu tanda semakin hampirnya umur dunia ini hendak sampai ke penghujungnya?..Telah bersediakah kita untuk menghadapinya? 

Dengan lafaz Allahu Akbar! Bismillah!, Allahu Akbar! Bismillah!, Allahu Akbar! Bismillah! Sekali lagi kami memperingatkan dan menyeru kaum muslimin dan muslimat sekalian agar kita semua dapat bersama-sama untuk mensucikan nama Allah dan perbanyakkanlah menyebut nama Allah didalam kehidupan kita yang masih berbaki ini. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan tetap melindungi dan menyelamatkan kita dari segala perkara yang tidak kita ingini termasuklah bencana yang diturunkan Allah ke atas muka bumiNya ini. Tinggalkanlah sesuatu yang tidak berkaitan dan tidak dituntut ketika ingin menyebut nama Allah agar kita beroleh keredhaanNya di dunia dan akhirat. Seruan kami hanyalah untuk kita bersama-sama memperbanyakkan menyebut nama Allah, mentauhidkan Allah dan mensucikan nama Allah. 

Sekiranya anda meyakini dan dapat menerima apa yang disampaikan disini sebagai satu kebenaran, kami amat bersyukur dan mendoakan agar anda beroleh rahmat dari Allah s.w.t. didunia dan akhirat kerana sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya, tetapi jika penerimaan anda adalah sebaliknya maka terpulanglah kepada diri anda sendiri kerana tugas kami hanyalah menyampaikan dan menjelaskannya sebagai satu peringatan semata-mata kerana Allah.

Mudah-mudahan peringatan ini dapat memberikan manfaat. Janganlah pula kita mahu menunggu sehingga datangnya peringatan yang lebih keras dari Allah kerana peringatan yang datang dari Allah adalah tidak sama dengan apa yang disampaikan sesama manusia dan jika kita menganggap peringatan ini sebagai sesuatu yang remeh janganlah pula kita menyesalinya kelak apabila Allah sendiri yang mendatangkan peringatanNya kepada kita.

Harapan kami semoga Allah menjadikan kita semua sebagai hambaNya yang sentiasa bertaubat dan diberikan keampunan yang besar sebelum datangnya ajal ataupun detik kehancuran kepada seluruh dunia...Wallahua'lam..