Photobucket

KETERANGAN:-

- Untuk melihat slide show,sila klik pada kotak hitam di penjuru sebelah kiri yang tertulis " video "...

-Selamat Menonton....

KULLIYYAH USULUDDIN SOCIETY ( KUDSY ) ORGANIZATION VIDEO


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

UCAPAN PENGARAH KREW PELAKSANA BLOG KUDSY 2009/2010

Photobucket

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Assalamualaikum kepada semua pengunjung yang saya kasihi sekalian...

Alhamdulillah,saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah diatas limpah kurnia yang telah diberikan kepada saya untuk mentadbir dan menerbitkan sebuah kaedah multimedia yang terkini iaitu Blog Persatuan Kuliah Usuluddin atau Kulliyyah Usuluddin Society(KUDSY)...

Dalam perjalanan kuliah usuluddin yang semakin rapuh,saya cuba untuk mencetuskan sesuatu kelainan untuk kuliah ini dan inilah dia hasilnya iaitu sebuah blog yang mana saya ciptakan untuk semua pengunjung-pengunjung yang ingin berkongsi idea dan pemikiran tentang agama dan juga berbagai-bagai diskusi yang boleh kita lakukan semata-mata untuk kita meningkatkan daya ingatan kita tentang islam dan tentang tatacara kehidupan islam mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah disyari'atkan oleh Allah taala...

Dalam membina kehidupan yang islamic reality bukannya mudah.Tetapi ia memerlukan sesuatu pendekatan agama yang terbaik dalam memonopoli sesuatu bidang agama dan diterapkan dalam diri kita.Justeru itu,saya juga menjadikan blog ini untuk tempat kita mempelajari seberapa banyak yang boleh mengenai hadis-hadis yang sahih atau do'if,ayat-ayat tafsir yang kekal atau yang telah dimansukhkan dan sebagainya mengenai usuluddin.

Jadi,harapan saya,moga-moga blog yang telah disediakan ini dapat memberikan sesuatu impak yang berguna kepada semua pengunjung-pengunjung yang daripada kuliah usuluddin sendiri atau kuliah yang lainnya.Dan dapat juga kita berkongsi pemikiran kearah yang lebih realistik bersama-sama dengan anjakan pradigma diri kearah yang lebih positif.

Akhir kalam,Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan blog ini.Moga-moga segala usaha bakti anda akan diberkati oleh Allah taala.

Selamat Menikmati Blog Persatuan Kulliyyah Usuluddin ( KUDSY ) Kolej Universiti Insaniah 2009/2010 dan saya sampaikan ucapan salam daripada Dekan Kulliyyah Usuluddin Kolej Universiti Insaniah ( Dr.'Ali Sayyid Abdul Hamid As-Shimy) dengan lafaz Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.....

:: SALAM IMTIHAN ::

:::.....SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA WARGA KUDSY DAN KUIN...MOGA BEROLEH KEJAYAAN..LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK KEJAYAAN YANG CEMERLANG..YA ALLAH,BERKATKANLAH ILMU YANG TELAH KAMI TIMBA...PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI....KURNIAKANLAH KEJAYAAN BUAT KAMI...AMEEN~

~ WAHAI PARA PENDAKWAH!!! ~

.....~~KAMU... Mereka yang dikurniakan Allah nikmat ilmu al-quran dan hadith. Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui tentang agama kami sendiri. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kamu untuk menyebarkannya kepada kami.


Firman ALLAH TAALA yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."
-surah Al-Baqarah ayat 42.
 
 
Wahai para dai'e,

Dengarlah rintihan dan permintaan daripada kami ini, agar kami boleh memahami apa yang telah menjadi pegangan kami selama ini. Kami tidak ingin jahil selamanya, kami punya semangat tapi kami memerlukan dorongan, sedikit anjakan daripada kamu, dan peringatan agar kami tidak kembali lalai.

ALLAH TAALA berfirman lagi:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." -surah Ali Imran ayat 104.


Wahai para dai'e,

Janganlah kamu sesekali merasakan diri kamu itu lebih hebat dan mulia daripada kami, kerana ianya hanya akan menyebabkan kami menjauhi kamu. Biarlah kami sendiri yang merasakan diri lemah dan jahil berbanding dengan kamu agar kami sentiasa mendekatimu untuk memperbaiki diri kami agar memperoleh keredhaan Allah.

"Zuhud-lah terhadap apa yang ada di dunia maka Allah akan mencintaimu, dan zuhud-lah terhadap apa yang ada di tangan manusia maka manusia pun akan mencintaimu." - H.R Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad hassan -

Wahai para dai'e,

Berilah kami nasihat dan peringatan yang sesuai dengan tahap kemampuan iman kami, bersikap lembutlah terhadap kami, bantulah kami membentuk aqidah kami, janganlah engkau menyeru kami untuk menunaikan ibadah-ibadah sunnah sedangkan ibadah wajib kami tinggalkan.
 
Jawablah soalan-soalan kami dengan bijak dan sertakanlah sedikit jawapan tambahan agar boleh kami mengambil pengajaran yang bermanfaat, seperti mana Rasulullah saw apabila baginda ditanya sama ada air laut itu boleh dibuat wudhuk atau tidak, baginda menjawab:

 "Laut itu airnya suci lagi menyucikan dan bangkai haiwannya halal" - H.R Malik, al-Syafi'e -


Wahai para dai'e,
Telah kamu ketahui tanggungjawabmu, maka tunjukkanlah kami teladan yang baik untuk kami ikuti. Janganlah kamu hanya menasihati kami dengan mulutmu, tetapi tidak dengan akhlakmu. Kita sendiri tahu bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak suka perbuatan seumpama itu.

ALLAH TAALA berfirman:
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"
- surah Al-Baqarah, ayat 44 -

 
Dan, wahai para dai'e,

Setelah kamu menjalankan tanggungjawabmu. Maka tibalah giliran kami untuk menyampaikan nikmat Allah ini kepada saudara kita yang masih tidak mengetahui. Dan semoga kita dirahmatiNya...

ALLAH TAALA berfirman:
"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya". - surah Ad-Dhuha,ayat 11 -


:: RAMADHAN BULAN AL-QURAN ::


MARI kita jadikan RAMADHAN BULAN AL-QURAN...penuhi bulan ini dengan tadarrus AL-QURAN..alunan AL-QURAN,hafazan AL-QURAN....Meriahkan bulan ini dengan rahmat,berkat serta keampunan dari ALLAH S.W.T...Rebut peluang yang ada sebulan dalam setahun ini dengan ganjaran pahala yang melimpah....Moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna....MARHABAN YA RAMADHAN~

SETITIS ILMU UNTUK DIKONGSI



JANGAN LUPA BERZIKIR SETIAP HARI!!!..SENTIASALAH BERZIKIR KEPADA ALLAH S.W.T...KERANA DENGAN BERZIKIR HATI KAN MENJADI TENANG.....